| "AUTHORISE DEALER"
LIBRARY & RESOURCE AUTOMATION SYSTEM
"Manage your Library & Resources Effectively". Setiap organisasi samada kecil atau besar mempunyai perpustakaan yang mengandungi beribu bahan samada buku, majalah, artikel, media digital dan banyak lagi. Dengan memahami kepentingan pelanggan untuk mengendalikan/menguruskan koleksi tersebut, kami memilih produk ini untuk dicadangkan kepada organisasi yang memerlukan.
PEMBANGUNAN
APLIKASI
Fokus utama syarikat kami adalah didalam pembangunan
sistem dan kami berkeupayaan untuk membangunkan sistem
mengikut kerperluan pelanggan. Terdapat beberapa sistem
yang telah dibangunkan dan digunapakai dibeberapa buah
syarikat atau jabatan kerajaan antaranya:-
» |
Sistem Klinik (Inventori dan pesakit) |
» |
Sistem Pengurusan Operasi Prosesan Surat (‘Mail
Processing’) |
» |
Sistem Pengurusan Kargo (Pengangkutan) |
» |
Sistem Informasi Agensi Pekerjaan |
» |
Sistem inventori |
» |
Sistem multimedia |
» |
Sistem penyewaan Kereta Sewa (Berkonsepkan Web) |
» |
Sistem Pengurusan Insuran (Takaful dan Konvensyenal)
|
PERKAKASAN
& PERISIAN
Syarikat kami juga berkeupayaan membekalkan perkakasan
komputer lengkap dengan aksesori yang diperlukan oleh
pelanggan-pelanggan kami. Kami membekalkan perkakasan
yang berjenama dan juga klon. Jenama Komputer yang kami
tawarkan adalah daripada Hewlett Packard, Fujitsu, Epson,
Twinhead, Jenama klon dll. Selain daripada itu kami
juga menawarkan perisian yang asli seperti perisian
daripada Microsoft Windows 98, Windows 2000, Microsoft
Office, Corel Draw dll.
RANGKAIAN & KOMUNIKASI
Kami juga berkeupayaan untuk menyediakan perkhidmatan
rangkaian samada Rangkaian Setempat (LAN), Rangkaian
Luas (WAN) dan Rangkaian berkonsepkan Wireless.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN
(MAINTENANCE)
Syarikat kami juga memberikan perkhidmatan penyelenggaraan
komputer dari jenis komputer peribadi sehinggalah kepada
pelayan (server). Selain daripada penyelenggaraan perkakasan
kami juga memberikan perkhidmatan penyelenggaran aplikasi/sistem
bagi memudahkan pelanggan kami didalam menaik-taraf
sistem aplikasi mereka mengikut perkembangan/produktiviti
syarikat.
PERKHIDMATAN LAIN
Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang kami sediakan untuk
pelanggan-pelanggan kami adalah perkhidmatan Khidmat-Nasihat
bagi sistem Kerajaan Elektronik e-Perolehan seperti
Pendaftaran Pembekal kepada Kementerian Kewangan(mengikut
kod bidang yang dikehendaki oleh pembekal), Penyediaan
Katalog Elektronik dan juga Latihan penggunaan sistem
(Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebutharga dan Tender).
Kami juga memberikan perkhidmatan Khidmat-Nasihat keatas
sistem yang akan dibangunkan oleh pelanggan kami mengikut
keperluan.
|